KUALA LUMPUR: Seramai 119,626 Ketua Isi Rumah (KIR) layak untuk menerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) setakat 8 pagi hari ini, menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).
Nadma dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, 105,974 KIR dilaporkan terkesan semasa banjir gelombang pertama manakala selebihnya ketika banjir gelombang kedua.
"Bagi 31,380 KIR yang berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) ketika banjir gelombang pertama, seramai 30,503 (97.8 peratus) telah menerima bayaran BWI.
"Daripada 13,652 KIR yang terkesan banjir gelombang kedua, seramai 3,750 (61.8 peratus) KIR telah menerima BWI," menurut kenyataan itu.
Sementara itu 43,197 daripada 82,381 KIR yang tidak berpindah ke PPS juga sudah menerima BWI.
Nadma turut memaklumkan terdapat empat PPS masih aktif beroperasi melibatkan Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Johor, yang dibuka susulan beberapa insiden bencana termasuk banjir.
"PPS Dewan Kebudayaan Penampang, Sabah diaktifkan pada 19 Jan lepas untuk menempatkan 97 mangsa banjir daripada 21 keluarga. PPS Dewan Raya Kampung Skudai Kiri, Johor Bahru dibuka semalam bagi menempatkan 24 mangsa daripada empat keluarga terkesan insiden kebakaran.
"PPS Dewan Sri Siantan Selayang, Selangor diaktifkan 29 Dis lepas dan kini menempatkan 43 mangsa daripada 12 keluarga apabila kediaman mereka di Apartmen Teratai didapati sebagai kawasan berisiko dan berbahaya menyebabkan kejadian tanah runtuh," menurut kenyataan itu.
PPS Sekolah Kebangsaan Saujana Indah, Pulau Pinang pula menempatkan 54 mangsa daripada 12 keluarga, yang diaktifkan berikutan insiden kebakaran tempat pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal pada 15 Jan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 23 2022
Nadma dalam kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, 105,974 KIR dilaporkan terkesan semasa banjir gelombang pertama manakala selebihnya ketika banjir gelombang kedua. - Gambar fail/ Bernama
Mendiang Mutang selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial
Jasad mendiang Yang Dipertua Dewan Negara Senator Datuk Mutang Tagal selamat dikebumikan di Fairy Park Miri Memorial, 33 km dari sini hari ini.
Lagi insiden pokok tumbang di Kuala Lumpur, kali ini berdekatan Jalan Pinang
Difahamkan, beberapa buah kenderaan turut dihempap pokok dalam kejadian tersebut.
AWANI Ringkas: Gunung berapi Ibu meletus, muntahkan abu setinggi 5km
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Biden ulangi kebimbangan mengenai serangan Israel di Rafah
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengulangi kebimbangan mengenai kesan buruk yang akan berlaku susulan serangan Israel keatas Rafah.
Gunung berapi Ibu meletus di Indonesia
Gunung berapi Ibu di pulau terpencil Halhamera di Indonesia meletus sekita jam 9.12 pagi waktu tempatan.
JDT terus kuasai Asia Tenggara, ke-14 terbaik Asia
JDT terus mengekalkan penguasaan sebagai kelab terbaik di Asia Tenggara menerusi kedudukan terkini dikeluarkan oleh laman Opta Analyst.
Prosedur tampal kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC, Faisal Halim yang cedera disimbah asid baru-baru ini menunjukkan reaksi positif.
Gunung berapi Ibu meletus, terbangkan abu sehingga 5 kilometer
Gunung berapi Ibu diklasifikasikan sebagai tahap bahaya ketiga, di bawah tahap tertinggi IV.
Hanya bas dibenarkan, van pelancong dari Thailand tidak dibenarkan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan hanya bas dri Thailand dibenarkan masuk ke Malaysia, van pelancongan dari negara itu tidak dibenarkan kerana khuatir menjejaskan industri pelancongan negara.
Johor cadang tambah gerabak KTMB JB Sentral - MB
Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan untuk menambah bilangan gerabak Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) di Johor Bahru Sentral (JB Sentral).
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.